Kecil tidak semestinya sempit dan tidak selesa. Apa yang anda boleh buat? Nak besarkan dapur ke? Ehhh tak payah! Jom ikuti tips cara untuk menjadikan dapur kecil tetapi selesa!
Open Shelves
Kabinet berfungsi untuk meletak barang tetapi anda boleh menggunakan tips "open shelf" untuk meletakkan barang keperluan seperti rempah dan membenarkan lebih banyak ruang di countertops. Anda juga boleh menyangkut kuali dan barang peralatan dapur yang lain.
Jenis Kabinet
3G / 4G glass mempunyai handle tersembunyi yang mengelakkan anda terlanggar atau anak anda terhantuk. Kaca memberi ilusi dapur yang luas jika mempunyai sumber cahaya yang mencukupi.
Warna Cerah
Warna cerah dan neutral seperti putih berupaya membuatkan dapur anda menjadi lebih luas dan breathable.
Tambahan Drawer
Manfaatkan penggunaan kabinet yang tinggi dengan membuat drawer tambahan dan bertingkat. Di Long Wide Aluglass kami menyediakan para yang adjustable dan sesuai dengan saiz dan barang dapur anda
Kemas Dapur
Jangan lupa untuk selalu mengemas dapur dan membuang barangan yang tidak lagi digunakan! Bukan sahaja dapur anda lebih bersih, malah kelihatan lebih luas!
Sekarang anda dah tahu tips untuk dapur yang kecil. Jika anda praktikkannya mungkin anda akan terkejut kerana terdapat banyak ruang di dapur anda! Selamat mencuba! Tak ada lagi kabinet dapur? Hubungi kami sekarang untuk quotation percuma!
Comentarii